FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

Hai hari ni 10/10/13 . Tadi pagi Cikgu Lailee Suruh Buat Karangan BM "Isu Berkaitan Masalah Sosial Remaja Sekarang " Dalam buat Karangan BM mesti kena ada Frasa yang Menarikan ? So Tadi Google Jap Jumpa Blog Cikgu Rubiyah. So Fareez pun nak kongsi kat korang semua ada 70 Frasa Menarik .


FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

Dipetik daripada : > Blog Cikgu Rubiyah <

  1. mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
  2. mendukung kebenaran yang kita sepakati
  3. mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
  4. mengambil langkah sederap
  5. menghirup udara hasil kemerdekaan
  6. mengikut acuan sendiri
  7. mengundang kontroversi
  8. menjadi cerucuk utama pembangunan
  9. menjulang negara ke puncak jagat
  10. menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
  11. menyambut gamitan menara impian
  12. menyebabkan imej negara tercalar
  13. menyediakan kursus dan latihan yang relevan
  14. menyembunyikan masalah utama masyarakat
  15. mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
  16. mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
  17. milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
  18. muafakat merupakan inti kepada perpaduan
  19. negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
  20. nilai keinsanan yang syumul
  21. nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
  22. pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
  23. pelbagai cabaran yang bakal menghambat
  24. pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
  25. pembentukan masyarakat sakinah
  26. pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
  27. pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
  28. perlu dibaja kembali
  29. perubahan yang diharap masih belum menjelma
  30. petanda kehancuran generasi
  31. pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
  32. kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
  33. komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
  34. kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
  35. Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
  36. makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
  37. mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
  38. manifestasi kesanggupan bangsa
  39. manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
  40. masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
  41. masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
  42. masalah sosial dan susila yang meruncing
  43. masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
  44. masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
  45. melangkah dengan seribu kekuatan
  46. melontarkan soalan yang cukup penting
  47. melupakan cita-cita yang lebih luhur
  48. membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
  49. membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
  50. membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
  51. membetulkan ketidaktepatan fakta
  52. membimbing mereka memenuhi impian
  53. membina impian masa depan yang lebih gemilang
  54. membongkar kepincangan
  55. membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
  56. mempengaruhi minda generasi muda
  57. mempertahankan perasaan saling bersefahaman
  58. mempertingkat dan memperteguh kefahaman
  59. mempraktikkan elemen tolak ansur
  60. memudaratkan kesejahteraan rakyat
  61. menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
  62. menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
  63. menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
  64. menampilkan wajah baru yang disulami tekad
  65. menangkis tuduhan yang tidak berasas
  66. mencapai tahap yang mencemaskan
  67. mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
  68. mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
  69. mendapat perhatian dan liputan media massa
  70. mendepani masa depan yang tidak menentu